Siakap Keli

TERKINI: 30 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini, 83 Kes Sembuh & Ada 1 Kematian – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 30 kes baharu jangkitan COVID-19 setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 6,383 kes bersamaan 1,710 kes aktif.

“Daripada 30 kes baharu tersebut, semuanya melibatkan kes tempatan dan tiada kes import.

“21 kes daripadanya dikenal pasti daripada kluster kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala 24 kes melibatkan warga asing,” katanya dalam Sidang Media Harian secara langsung, hari ini.

Sementara itu, terdapat 83 kes sembuh baharu yang dilaporkan, menjadikan kumulatif kes sembuh setakat ini berjumlah 4,567 kes bersamaan 71.55 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagaimanapun, Hisham menambah, dukacita dimaklumkan terdapat satu kematian baharu dicatatkan menjadikan keseluruhan kematian sebanyak 106 kes.

“Kes 106 adalah daripada kes ke 830, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

“Beliau dimasukkan ke hospital swasta pada 15 Mac lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac selepas disahkan positif COVID-19.

“Beliau meninggal dunia pada 5 Mei (hari ini) pukul 2.10 pagi,” tambahnya lagi.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'