Siakap Keli

TERKINI: Polis Tubuh Pasukan Pemantau PKPB Setiap Daerah – Menteri

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan ketua polis bagi setiap daerah untuk menubuhkan Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di setiap daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan tersebut akan dianggotai oleh anggota tetap iaitu PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Pendekatan polis masih sama seperti dulu, bermula dengan nasihat.

“Jika tidak mampu mengawal, akan ditingkatkan kepada beri amaran dan jika masih berdegil, akan dinaikkan kepada tindakan undang-undang,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Menurut Ismail, tindakan undang-undang yang dikenakan tetap sama, iaitu yang tertakluk di bawah Akta 342; hukuman denda RM1,000, atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 10.

Sidang Media (Non-Health) oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob

Sidang Media (Non-Health) oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) 5 Mei 2020

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, 4 May 2020

Sumber: RTM