Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) Peniaga, Pemborong Perlu Kemukakan Hasil Ujian COVID-19 Jika Ingin Berniaga, Masuk Ke Premis Pasar Borong KL

Putrajaya, 5 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil beberapa langkah pencegahan susulan penularan COVID-19 di pasar borong Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, para peniaga atau pemborong perlu menjalani beberapa prosedur jika ingin ke pasar borong itu.

“Para peniaga atau pemborong yang ingin berniaga atau masuk ke premis pasar borong itu perlu menjalani ujian dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19,” katanya.

“KKM dan agensi berkaitan telah mengenal pasti pasar harian yang mempunyai peniaga yang banyak berurusan dengan pasar borong Kuala Lumpur. Pejabat Kesihatan Daerah menjalankan penilaian risiko terhadap para peniaga yang datang ke pasar tersebut.

Tambahnya, kerajaan akan menjalankan saringan gejala ke atas peniaga dan ujian pengesanan dan pengesahan kepada mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan.

Individu tidak bergejala perlu pantau kesihatan diri menggunakan home assessment tool dan maklumkan kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran jika mempunyai gejala, katanya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.