Siakap Keli

(Video)“A Sampai Z Semua Diorang Buat,” ‘Frontliner’ Hantar Pulang Pelajar IPT Dengan Iringan Lagu ‘Balik Kampung’

Susulan keputusan kerajaan membenarkan pelajar IPT yang terkandas di kampus pulang ke kampung halaman masing-masing, petugas barisan hadapan telah ditempatkan di IPT seluruh Malaysia untuk memastikan kesemua mereka bebas dari virus Covid-19 dan mematuhi SOP penjarakan sosial yang telah ditetapkan sebelum pulang ke pangkuan keluarga.

Berita tersebut sangat-sangat menggembirakan para pelajar IPT selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan itu telah menyebabkan mereka ini terkandas di kampus dan berjauhan bersama keluarga yang merisaukan keadaan anak mereka.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pelajar IPT bernama DMM Mualizainun daripada Universiti Kebangsaan Malaysia di Facebook, proses penghantaran pulang batch mereka pastinya akan meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Terima kasih @ukminsta @bomba_malaysia @pdrmsia_official. Alhamdulillah kami bas terakhir bas ke-32 telah selamat sampai di Kota Bharu. Sebanyak 32 bas bagi menghantar pulang pelajar IPTA dari Zon Tengah UKM ke Zon Timur. Dari 6 petang semalam bermula segala SOP, jam 4 pagi baru giliran bas kami bertolak.

Tak rasa nak marah langsung sebab ada team bomba macam ni. A sampai Z semua diorang buat, kita duduk, tunggu, naik bas. Beg pun diorang hantar lagi ke bas selepas sanitasi dan cek satu-satu. Last-last hiburkan diri masing-masing dengan lagu raya dan tarian

PS: Jangan risau, kami amalkan social distancing dari awal sampai akhir. Kami orang terakhir keluar dewan, gambar selfie tu last sebelum kitorang keluar dan proses sanitasi Dektar UKM terus dibuat.

PSS: Terima kasih UKM untuk semua urusan dan makanan yang diberi.

Sumber: DMM Mualizainun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa