Siakap Keli

(Video)Wanita Buat Lubang Pada Topeng Muka Supaya Mudah Untuk Bernafas

Video berdurasi 23 saat menunjukkan seorang wanita dari Kentucky, Amerika Syarikat membuat lubang pada topeng mukanya untuk kemudahan dia bernafas.

Rakaman yang disiarkan di TikTok menunjukkan seorang pegawai stesen minyak terkejut melihat wanita itu memasuki kedai serbaneka dengan topeng muka yang dilubangkan pada hidung dan mulutnya.

“Dari mana kamu mendapatkan topeng itu?” dia bertanya kepada wanita itu sambil menghampiri kaunter.

“Oleh kerana kita harus memakainya dan sukar untuk bernafas, ini menjadikannya lebih mudah untuk bernafas,” jawabnya.”

Video berkenaan telah mendapat lebih dari 796,000 tanda suka sejak hari Jumaat, menurut perintah dari pihak berkuasa, Kentucky Gov, Andy Beshear telah mengumumkan bahawa orang ramai diminta memakai topeng muka ketika di khalayak ramai untuk keluar mulai 11 Mei.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit telah memberi nasihat bahawa penutup wajah harus “sesuai dan selesa pada wajah.”

Sumber: NY POST

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra