Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

COVID-19: Lima Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat jam 12 pm, 6 Mei 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, hanya terdapat lima negeri sahaja yang mencatatkan pertambahan kes baru.

Antara negeri-negeri yang melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak. Kesemua 45 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia meningkat kepada 6,428 kes.

Menerusi maklumat tersebut, Selangor mencatatkan pertambahan 9 kes, Kuala Lumpur 22 kes, Negeri Sembilan 2 kes, Melaka 1 kes dan Sarawak 11 kes.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa