Siakap Keli
Gambar Via Google

Dipercayai ‘Cemburu’ Suami Lebihkan Anak Tiri, Wanita Didakwa Tergamak Bunuh, Hanyutkan Anak Tiri Di Sungai

Teka-teki penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki tanpa kepala di Sidrap, Indonesia akhirnya terbongkar susulan daripada kejayaan pihak polis memberkas ibu tiri kepada kanak-kanak itu atas dakwaan menculik dan membunuh.

Menurut portal Tagar.id, kes tersebut mula terbongkar selepas wanita berusia 39 tahun yang juga merupakan ibu tiri kepada kanak-kanak itu mengunjungi Hospital (RS) Nene Mallomo Sidrap atas tujuan untuk melihat keadaan mangsa.

Gambar: DjagadMedia

Namun begitu, pegawai polis yang mencurigai tindak-tanduk suspek telah bertindak menangkapnya serta-merta.

“Suspek bersama barang bukti telah berjaya ditahan. Kes pembunuhan ini akan disiasat dengan lebih lanjut oleh Balai Polis Sidrap.”

Ketika disoal siasat, suspek telah mengakui perbuatannya iaitu menculik dan membunuh mangsa dengan cara menghanyutkannya di dalam sungai.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pinrang, AKP Dharma Negara, menyatakan bahawa kes penculikan yang membawa kepada pembunuhan kanak-kanak berusia lima tahun itu akhirnya terbongkar.

Pasukan Crime Fighter Team Resmob Pinrang bersama-sama Resmob Polis Daerah Sulawesi Selatan akhirnya telah berjaya menangkap suspek yang juga merupakan ibu tiri kepada mangsa tersebut.

Gambar: INDOZONE

“Suspek telah datang ke hospital dengan tujuan untuk melihat keadaan mayat mangsa. Tetapi hasil maklumat daripada saksi yang dikumpul serta tindak-tanduk suspek yang mencurigakan, suspek telah diiringi ke balai polis untuk disoal siasat. Hasil daripada tindakan itu, suspek telah mengakui bahawa dia adalah penculik dan pembunuh kanak-kanak tersebut,” kata AKP Dharma.

Menurut AKP Dharma, suspek merupakan isteri pertama kepada ayah si mangsa. Hubungan mereka didakwa renggang, sehingga akhirnya mereka telah memutuskan untuk bercerai sekitar tahun 2002, walaupun telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Pun begitu, pada sekitar 2019, mereka telah bersepakat untuk kembali merujuk.

Meskipun mereka disatukan kembali, ternyata hubungan perkahwinan mereka tidak seindah seperti dulu. Mereka dikatakan sering bertengkar sehingga suspek merasa cemburu dan menganggap bahawa suaminya itu lebih menyayangi dan lebih memberikan perhatian kepada anak tirinya berbanding dengan dua orang anak kandungnya.

Gambar: Bukamatanews.id

Susulan daripada itu, suspek didakwa telah bertindak menculik dan membawa mangsa ke sebuah jambatan seterusnya membunuhnya.

“Suspek dan barang bukti telah berjaya diberkas. Kes pembunuhan ini akan disiasat oleh Polis Daerah Sidrap. Sementara kes penculikan pula akan disiasat oleh Polis Derah Pinrang,” kata pegawai polis.

Terdahulu, mayat seorang kanak-kanak tanpa kepala yang terapung di saluran pengairan Galung Aserae, Kampung Lakessi, Kabupaten Maritenggae, Kabupaten Sidrap, Sulsel, pada Khamis 30 April 2020 berjaya ditemui oleh penduduk setempat.

Mayat kanak-kanak itu dilaporkan telah dijumpai oleh penduduk setempat yang melalui lokasi kejadian. Menurut sumber, mayat tersebut telah ditemui dalam keadaan terlentang tanpa kepada didalam saluran pengairan sehingga mengeluarkan bau busuk.

Sumber: Tagar.id

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa