Sejak kebelakangan ini, kes gangguan mental semakin meningkat di Malaysia dan lebih membimbangkan lagi golongan remaja juga menjadi mangsa ganguan mental.
Gangguan mental menjadi masalah kesihatan yang utama bagi rakyat Malaysia pada tahun 2020.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat kesihatan primer.
Namun, kerana stigma masyarakat terhadap gangguan mental ini sebagai tidak waras, ramai pesakit-pesakit memilih untuk mendiamkan diri. Hal ini sangat bahaya kerana boleh membawa kepada perkara yang buruk seperti mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.
Dr Rozanizam Zakaria seorang doktor psikiatri telah berkongsi tips yang dapat digunakan oleh ahli keluarga untuk membantu pesakit-pesakit mental.
“MACAM MANA SAYA NAK BANTU DIA DOKTOR?”
Ini antara soalan yang banyak ditanya kepada saya. Beratus dalam inbox saya, saya pun tak termampu untuk jawab. Soalan yang datang dari mereka yang berada di sisi mereka yang diuji dengan masalah mental. Mungkin suami, isteri, anak, adik, kakak, ayah, ibu, anak, sahabat baik, sahabat dekat atau jauh.
Ramai yang nak tahu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu mereka ini. Ramai yang berada dalam posisi serba salah. Tak tahu apa yang kena dan apa yang tidak kena.
Tidak kurang juga yang mempunyai pengalaman yang membuat mereka berfikir dua kali untuk membantu. Mungkin ditolak, mungkin tersalah cakap, mungkin tak kena masa, mungkin salah faham.
Sejujurnya saya tidak ada jawapan spesifik untuk anda. Kerana masalah mental ini pengalaman unik seseorang. Apa yang mereka perlu dan bagaimana mereka mahu dibantu tidak sama. Semua orang dalam ribut yang sama tetapi bot yang berbeza. Maka saya tidak boleh beri ‘template’ yang akan memenuhi kehendak semua keadaan.
Kerana setiap mereka perlukan sesuatu yang berbeza. Cara, keadaan dan bentuk sokongan.
Cuma saya boleh beri beberapa pandangan umum. Anda serasikan dengan keadaan.
Langkah pertama adalah memhami beberapa prinsip asas ini:
1. Anda bukan perawat. Jangan letakkan anda dalam posisi untuk ‘menyembuhkan’ mereka. Jika ini anda mungkin akan terjebak dengan perangkap yang anda sendiri cipta.
2. Mereka ada pasang surut. Jika tak kena pada masa ini, tak bermaksud pada masa lain anda juga tidak akan boleh membantu. Jangan putus asa.
3. Apa yang paling penting anda jujur. Sekalipun kejujuran anda adalah dengan mengakui “aku pun tak tahu nak cakap apa” atau “aku pun sendiri tak tahu macam mana aku boleh bantu” – itu lebih baik dari mereka-reka harapan palsu.
4. Your presence is more valuable than your words. Ingat prinsip ini!
5. Doa anda dalam rahsia untuk mereka sangat berharga.Apa tugas anda?
Secara asasnya 3 L
Look – perhati, monitor, supaya anda tahu dimana nak bermula, apa tanda-tanda red flagnya, kat mana nak start intervene, pastikan keperluan asasnya terjaga
Listen – mendengar (review balik tips menjadi pendengar yang baik saya share sebelum ini)
Link – jika apa yang mereka perlu diluar ruang kemampuan anda, salurkan dia kepada yang mampu bantu. Walk through jika perlu.Masa dia tak okay, apa saya nak buat?
Boleh guna teknik 8 C ini
Contact
Comfort
Calm
Collect
Care
Connect
Cope
CollaborateApa maksudnya?
Contact – start berhubung, mula berbual dengan dia, tanya khabar, bagitahu apa yang kita concernComfort – bagi settle yang basic dulu – how can I help, what do you need know, how can i be any useful to you now. It can be as simple as give a glass of water untuk dia, ajak duduk, beri tisu, offer hug
Calm – bantu tenangkan dia – ajar bernafas bersama, ajar istighfar, pegang tangan – anything yang bantu dia tenang
Collect – start mendengar untuk kita kumpul maklumat supaya boleh formulate apa yang kita boleh bantu dia. Ingat, listen and not lecture.
Care – dari situ kita bantu dia apa yang dia perlu. Dia tak cukup duit ke, marah ayah ke, kerja tak siap ke, what ever it is, offer practical help. This is more valueable than philosophical help.
Connect – hubungkan dia dengan orang yang boleh bantu, jika perlu
Cope – sama-sama ajar cara cope yang lebih baik. Help to solve proble, teach how to relax, ajar cara kendali tekanan
Collaborate – work together to help him/her untuk jangka masa panjang.
These are basic psychological first aid.
Susah?
Ha tadi tanya macam mana nak bantu kan?
Saya percaya semua orang boleh buat ini. It’s very basic. These are our fundamental emotional needs. Kalau kita di posisi mereka pun, ini yang kita nak dari orang lain. Sudah tentu tidak mudah kalau kita tidak bersedia. Sebab itu antara fuelnya adalah kejujuran kita untuk bantu.
Bagi saya 3 sahaja bahan asasnya
1. perasaan nak bantu
2. kemahiran mendengar
3. kemahiran asas kawal emosiKalau kita ada 3 perkara ni, insyaAllah kita boleh bantu.
Maaf saya tak mampu jawab semua persoalan. Harap ini boleh jadi panduan. Kongsikan agar seramai mungkin dapat manfaatnya.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria