Perbezaan jumlah kompaun yang dikenakan terhadap individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kuasa penuh mahkamah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, undang-undang seperti yang termaktub hanya menyebut ‘tidak melebihi RM1,000’.
“Kuasa yang menentukan berapa jumlah hukuman adalah majistret yang terlibat, itu kuasa majistret.
“Kita sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan sistem kehakiman.
“Maka, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat mahkamah terhadap mana-mana yang individu yang dihukum di mahkamah.
“Jadi terserah kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan hukuman,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.
https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/267824664607794/?v=267824664607794
Sumber: RTM