Siakap Keli

JPJ Maklum Hadapi Masalah Teknikal, Urusan Pembaharuan LKM Kenderaan Barangan Tak Dapat Dibuat

Menurut kemaskini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), pembaharuan lesen bagi kenderaan barangan tergendala buat masa ini atas gangguan teknikal.

Perkhidmatan itu dijangka akan dimulakan semula pada 18 Mei nanti.

“Adalah dimaklumkan bahawa urus niaga Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan barangan tidak dapat dilaksanakan pada waktu ini di atas masalah teknikal yang dihadapi.

“Jangkaan urus niaga bagi Pembaharuan LKM untuk kenderaan barangan akan bermula selewat-lewatnya pada 18 Mei 2020,” kata JPJ.

Orang ramai boleh membuat pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan di pejabat pos sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Namun begitu, pemanduan tanpa lesen dan cukai jalan yang sah adalah dibenarkan sepanjang PKP.

Gambar: JPJ

Sumber: JPJ

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: