Siakap Keli

Keadaan Agak Lemah, Pendakwah Terkenal Dato’ Ustaz Ismail Kamus Dilapor Dirawat Di ICU

Jika anda kerap mengikuti perkembangan pusat-pusat rawatan alternatif / rawatan Islam di Malaysia, pasti anda sangat familiar dengan sosok tubuh figura ini.

Dato’ Ismail Kamus adalah pengasas serta pengerusi bagi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia yang mula ditubuhkan pada 2003 bertempat di Gombak Setia, Selangor.

Selain mengubati pesakit, beliau juga cukup terkenal dengan penyampaian ceramah-ceramah agamanya yang diterbitkan melalui buku, kaset, televisyen dan sebagainya.

Mengimbas kembali, beliau pernah berpengalaman sebagai guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam selama 15 tahun.

Jawatan terakhir yang disandangnya adalah sebagai pakar rujuk Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara atas pilihan.

Namun baru-baru ini, tular berita mengenai keadaan kesihatan beliau yang dipercayai semakin merosot.

Bagaimanapun, perkara tersebut diakui oleh halaman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi satu kenyataan.

Menurut exco penerangan pusat rawatan tersebut, Abdul Hadi Jusoh, Dato’ Ismail Kamus telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur sejak 26 April lalu.

“Tuan Guru dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

“Kemudian dimaklumkan pihak hospital terdapat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru,” kata Hadi menerusi kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Hadi menambah, Dato’ Ismail kini masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di wad tersebut.

“Sama-sama doakan moga Allah SWT mengembalikan kesihatan yang baik pada Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Mudah-mudahan doa kita semua di bulan Ramadan ini Allah mudah memaqbulkannya,” katanya lagi.

Gambar: Google

STATUS KESIHATAN DATO’ ISMAIL KAMUS

Beberapa hari ini tersebar berita tentang status kesihatan Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus yang dimasukkan ke ICU, Hospital Kuala Lumpur.

Tuan Guru dimasukkan ke Wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah. Kemudian dimaklumkan pihak Hospital terdapat serangan jatung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Buat masa ini Tuan Guru masih berada dalam keadaan lemah dan sedang melalui proses rawatan serta pemantauan di ICU, Hospital Kuala Lumpur.

Sama-sama doakan moga Allah SWT mengembalikan kesihatan yang baik pada Tuan Guru Dato Ismail Kamus untuk terus berbakti pada masyarakat.

Mudah-mudahan doa kita semua di bulan Ramadhan ini Allah mudah memaqbulkannya..

Abdul Hadi Jusoh
Exco Penerangan,
Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia
5 Mei 2020

 

Sumber: Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Wikipedia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'