Siakap Keli

“Panas Beb Pakai PPE, Rasa Nak Pitam.. Mohon Sangat-Sangat Kalau Tiada Urusan Penting Jangan Keluar”

Petugas barisan hadapan negara sememangnya menggalas tanggungjawab yang besar dalam memerangi wabak Covid-19. Tidak kiralah doktor, jururawat, polis, tentera dan sebagainya, semuanya memainkan peranan yang penting.

Walau kes jangkitan semakin menurun, jangan mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan.

Sekiranya wujud kluster baharu dan pertambahan kes secara mendadak, barisan petugas hadapanlah yang akan berdepan dengan tugas yang lebih berat.

Enam orang teletubies putih dah tumbang termasuk aku

Seperti perkongsian di Facebook oleh salah seorang petugas mengenai keadaan dirinya bersama enam rakan sekerja yang rebah selepas terkena heat stroke.

Bayangkan, dalam keadaan berpuasa dan panas terik, mereka perlu memakai sut PPE dalam tempoh yang lama.

Enam orang teletubies putih dah tumbang termasuk aku. Panas beb pakai PPE sumpah tak tipu. Macam nak pitam.

Kalau tak ada urusan penting jangan keluar

Oleh itu, beliau memberi pesanan kepada semua rakyat Malaysia supaya berda di rumah dan tidak keluar kecuali jika terdapat urusan penting.

Mohon sangat-sangat kalau takde urusan penting jangan keluar. Kerapkan basuh tangan. Please. Mintak sangat-sangat. Maaf juga kalau rasa annoyed aku asyik post tentang kegiatan frontliners.

Wallahi kepenatan dia tak berbaloi langsung untuk dapatkan fame. Ini hanya bertujuan untuk sampaikan awareness semata-mata.

P/s: Terpaksa aku iftar awal hari ni walaupun tak rela. Tapi kalau aku pengsan kan lagi menyusahkan orang lain. 

#heatstroke #takecareeveryone

Sumber: Semut Hitam

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)