Siakap Keli

“Peluh-Peluh Ramadan,” Berpuasa Bukan Alasan Tidak Bersenam, Ini Cara Senaman Dari KKM

Hari ini, 6 Mei 2020 bersamaan 13 Ramadhan, umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa yang akan dilaksanakan selama sebulan.

Umat Islam diwajibkan menunaikan ibadah puasa iaitu dengan menahan diri daripada makan, minum serta melakukan perkar-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sudah pasti sepanjang menunaikan ibadah puasa ramai yang mengelakkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat agar tidak keletihan. Namun begitu, puasa bukan alasan untuk kita tidak melakukan senaman kerana dengan bersenam tubuh badan kita akan menjadi sihat.

Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Portal MyHealth berkongsi salah satu poster mengenai masa senaman yang baik yang boleh dilakukan sepanjang bulan puasa.

Menurut posting tersebut, KKM mengatakan bahawa masa yang terbaik untuk bersenam adalah 30-45 minit sebelum berbuka kerana cecair dalam badan dapat diganti semula sejurus selepas berbuka.

Dinyatakan juga bahawa dengan berpuasa dapat meningkatkan sumber penggunaan tenaga daripada lemak badan. Turut dinasihatkan agar bersenam mengikut kemampuan sahaja untuk mengelakkan tubuh keletihan sepanjang berpuasa.

Sumber: KKM Portal MyHealth

Nor Azilah

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)