Siakap Keli
Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia

Rakaman Anjing Tergantung ‘Menggelupur’ Tepi Jalan Undang Kemarahan Ramai

Tular, satu rakaman yang memaparkan seekor anjing tergantung di sebuah pokok di tepi jalan telah undang kemarahan ramai warganet.

Menurut perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, seorang individu yang didakwa merupakan tuan kepada anjing tersebut telah bertindak menggantung anjing miliknya itu di sebuah pokok mangga yang terletak bersebelahan dengan jalan raya.

Atas keprihatinan seorang pengguna jalan raya yang simpati akan nasib anjing itu, dia telah bertindak memberhentikan kenderaannya untuk menghentikan perbuatan ke atas haiwan malang berkenaan.

Mujur tindakan pantas yang dilakukan oleh lelaki itu, anjing tersebut telah diturunkan oleh individu yang didakwa sebagai tuan anjing terbabit.

Video tersebut telah menjadi tular dan setakat ini, ianya telah mendapat lebih 250 ribu tontonan di media sosial Facebook. Selain itu, Animal Malaysia juga menyeru untuk membantu  menjejak individu tersebut dan menawarkan saguhati RM3,000.00 kepada sesiapa yang dapat menjejakinya.

Rata-rata warganet yang simpati akan nasib anjing itu menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan lelaki tersebut.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa