Siakap Keli

“Selagi Kita Tak Jumpa Vaksin Atau Ubat, Selagi Tu Kita Kena Hidup Bersama COVID-19” – Dr Noor Hisham

Hari ini menyaksikan percambahan kes baru dengan 45 kes positif COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,428 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa sama memaklumkan jumlah kes aktif yang tinggal sebanyak 1,619. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan di hospital.

Dimaklumkan juga, daripada 45 kes baru hari ini, terdapat satu kes import dilaporkan serta satu kes kematian.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan memberitahu bahawa Malaysia berpotensi melawan COVID-19 jika mempunyai kepatuhan dalam penjarakkan sosial.

Sumber: Kementerian Kesihatan

Nur Farra