Siakap Keli

(Video) Alunan Misteri Sedang Mengaji Gemparkan Penghuni Kampus Universiti

Suara misteri yang membaca Al-Quran didalam Bangunan Pakupatan Universiti di Indonesia pada awal pagi Ahad lalu telah mengejutkan penghuni setempat.

Video tular berdurasi 1 minit 14 saat itu, dilaporkan telah dirakam oleh pengawal keselamatan universiti yang sedang melakukan rondaan pada waktu malam di kampus tersebut.

Menurut laporan media tempatan, kejadian misteri bermula apabila kedengaran alunan seorang wanita sedang mengaji.

Namun, apabila diperiksa, dia tidak menjumpai sesiapa pun di bangunan itu.

Difahamkan, pengawal keselamatan tersebut kemudian pergo memeriksan bangunan disebelah dan nyata terkejut apabila mendapati sosok seorang wanita di tingkat 4.

Dia kemudian segera berlari dan mendapatkan rakannya untuk mencari kepastian.

Mereka kembali ke bangunan tersebut dan sekali lagi terdengar suara misteri suara seorang wanita sedang membaca ayat Al-Quran.

Menurut laporan, mereka cuba merakamnya namun, hanya selama 1 minit 14 saat suara itu kemudian hilang.

Kejadian aneh itu tidak terhenti disitu apabila sekali lagi sosok seorang wanita terlihat di dalam masjid di kawasan yang sama.

Namun difahamkan, tidak dapat dipastikan adakah wanita itu merupakan wanita yang sama mengalunkan ayat suci tersebut.

Walau bagaimanapun, beberapa pensyarah yang bekerja di universiti itu mengesahkan kesasihan video dan gambar wanita mister yang tersebar di media sosial.

Pun begitu, Canselor Universiti terbabit, Fatah Sulaiman, memberitahu bahawa wanita yang dijumpai itu bukanlah makhluk halus, tetapi dia sedang mengalami hilang ingatan.

“Saya telah mendapat maklumat dari pengawal keselamatan, mereka juga mengambil foto wanita tersebut. Seorang wanita yang berada di dalam masjid mengalami hilang ingatan sehingga dia memasuki masjid, ” kata Fatah.

Beliau mengatakan masjid itu berhampiran jalan utama dan dekat dengan Terminal Pakupatan, jadi itu yang membuat membuat wanita itu berhenti. Namun, persoalan milik siapakah suara misteri itu masih belum terjawab.

Sumber: Kabar Banten

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra