Siakap Keli
Foto: Youtube

(Video) Sejurus Selepas Berbuka Puasa, Bangunan Abbco Tower Di UAE ‘Dijilat’ Api

Sebuah menara pencakar langit antara tertinggi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah terbakar. Kejadian berlaku sejurus selepas berbuka puasa.

Menurut laporan, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran menara seluas 623 kaki dan antara bangunan yang tertinggi di Sharjah, salah satu daripada tujuh wilayah membentuk UAE.

Bagaimanapun, terdapat tujuh orang cedera ringan akibat kebakaran di menara tersebut dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Satu video tular di media sosial menunjukkan serpihan daripada bangunan tersebut jatuh dari menara Abbco Tower yang setinggi 48 tingkat tersebut.

Semua penghuni di situ telah dipindahkan. Namun, pihak berkuasa tidak dapat memberi perincian yang jelas tentang punca kebakaran tersebut.

 

Sumber: Independent UK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)