Siakap Keli

Amal Ramadan: Warga Emas Berusia 100 Tahun Kutip Derma Lebih 70,000 Pound Untuk Mangsa COVID-19

Seorang warga emas Muslim yang berusia 100 tahun berjaya melancarkan kutipan lebih 70,000 pound (anggaran RM373,000) untuk disumbangkan kepada mangsa wabak COVID-19.

Lelaki berkenaan, Dabirul Islam Choudhury menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang terkesan dengan pandemik di United Kingdom (UK), Bangladesh dan lain-lain.

Bermula sejak 26 April lalu (hari ketiga Ramadan), beliau akan berjalan-jalan sebanyak 100 kali dari satu tempat ke satu tempat dengan jarak dalam 80 meter di sekitar kawasan taman perumahannya untuk membuat kutipan itu.

Dabirul Islam Choudhury. Gambar: Agensi

Difahamkan, beliau yang terinspirasi dengan seorang lagi veteran, Colonel Tom Moore yang pernah melakukan perkara sama sebelum ini akan meneruskan kerja amalnya itu sehingga ke penghujung Ramadan.

Menurut portal Justgiving, Choudhury melancarkan kutipan tersebut adalah bersempena dengan kempen sumbangan Ramadhan Family Commitment (RFC) COVID-19 yang dianjurkan oleh stesen TV British-Bangladesh, Channel S.

Selain kutipan secara fizikal, orang awam juga boleh menyumbang derma melalui portal tersebut ataupun menerusi halaman Facebook Dabirul Islam Choudhury.

Ketua projek RFC, Farhan Musad Khan berkata, Choudhury adalah seorang individu yang sangat disanjung tinggi dalam kalangan komunitinya.

“Penderma-penderma yang terlibat dalam RFC juga sangat terinspirasi dengannya,” katanya.

Gambar: Agensi

Siapakah beliau

Dabirul Islam Choudhury dilahirkan pada 1 Januari 1920 di wilayah Assam, Bangladesh (ketika itu di bawah British, kemudian bertukar ke India, kemudian sebahagian kawasan timur Pakistan dan sejak 1971, ia dimerdekakan sebagai kawasan Bangladesh).

Pada 1957, Choudhury berhijrah ke England untuk menuntut pengajian dalam bidang Kesusasteraan English di London.

Berikutan pendidikan dan pengajiannya dalam Bahasa Inggeris, beliau dilantik menjadi ketua komuniti dan menetap di St. Albans.

Beliau begitu bertanggungjawab dalam kebanyakan projek komuniti serta membuat kutipan sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik di tanah asalnya, Bangladesh.

Selain itu, Choudhury adalah seorang ahli sastera yang berjaya dan telah menerbitkan lebih 1,000 karya puisinya sendiri.

Beliau juga sering meluangkan masa untuk pergi ke kelab-kelab buku tempatan dan persatuan puisinya.

Sumber: Evening Standard, Justgiving

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.