Siakap Keli

Covid-19: WHO Beri Amaran Agar Tidak Tergesa-Gesa Hentikan Perintah Berkurung

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran kepada seluruh negara yang ingin menghentikan daripada membendung wabak pandemik Covid-19 agar ‘lebih berhati-hati’ atau berisiko kes baru meningkat dengan cepat.

Ketua Pengarah, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata seluruh negara perlu untuk pastikan mereka mempunyai langkah-langkah pencegahan yang mencukupi untuk mengawal penyebaran wabak Covid-19 seperti sistem pengesanan dan kuarantin.

“Risiko untuk kembali berkurung sangat nyata jika negara-negara tidak menguruskan dengan berhati-hati dalam fasa pendekatan.”

Bagaimanapun, Ahli Epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove menyokong kembimbangan tersebut kerana ia telah menjangkit lebih daripada 3 juta manusia dan mengorbankan lebih 280,00 orang seluruh dunia.

“Jika langkah-langkah berkurung dibatalkan terlalu cepat, virus tersebut juga akan tersebar dengan cepat. ”

Perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan sudah tidak ‘popular’ kerana seluruh dunia mengalami pengangguran yang tinggi dan aktiviti ekonomi yang merosot.

Zon ekonomu akan menyusut dengan caatan 7.7 % pada tahun ini kerana wabak tersebut. Sementara itu, majikan swasta Amerika Syarikat telah memberhentikan lebih 20 juta pekerja pada bulan lalu kerana perniagaan mereka terpaksa ditutup.

Beberapa negara seperti Jerman, Sepanyol dan Itali mula melonggarkan sekatan untuk membendung wabak Covid-19. Presiden Amerika Syarikat, Trump mengatakan bahawa kerajaan akan membuka semula negara tersebut.

Selain itu, pihak berkuasa bola sepak juga mula mempertimbangkan untuk mereka dapat mula bertanding selepas mengalami gangguan kerana tidak dapat bermain akibat wabak ini.

WHO sedang menyiapkan misi lain iaitu ke China untuk mengetahui asal-usul haiwan yang menyebar virus tersebut yang telah mengancam seluruh dunia.

 

Sumber: Newcastle Herald

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)