Siakap Keli

Dua Situasi Yang Korang Patut Tahu Jika Kawan Bukan Islam Beri Salam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita semua tahu bahawa memberi dan mejawab salam itu sangat mulia dan salah satu cara untuk mendapat pahala. Namun, ada juga masih keliru boleh atau tidak orang bukan Islam memberi salam kepada kita? Ya, sebagai negara masyarakat majmuk, sedikit sebanyak kita kena tahu juga.

Seperti perkongsian daripada seorang doktor falsafah yang cukup terkenal di Twitter, Dr Fitri Yusof berkongsi dua situasi yang berlaku jika orang bukan Islam memberi salam kepada umat Islam. Walaubagaimanapun, kita sebagai orang Islam perlu menjawab dengan cara yang betul.

Situasi 1

Dia ucap sebab dia hormat atau meraikan Islam dan kita duduk dalam masyarakat majmuk. Dia ucap nak menunjukkan keakraban kepada kita dan agama kita. Ini yang berlaku di Malaysia, sebab kawan-kawan kita lahir dan membesar kenal Islam Melayu sebahagian dari Malaysia. Jadi nak rapatkan persahabatan, dia ucapkan salam pada kita.

Anas RA berkata, bahawa Nabi SAW berkata : Apabila seorang ahlul kitab mengucapkan salam kepadamu, jawablah dengan ucapan : waalaikum.

Situasi 2

Dia ucap untuk mengejek. Ini yang dibuat oleh Yahudi di zaman Nabi. Tapi sangat sukar untuk berlaku di Malaysia, namun masih ada kebarangkalian berlaku. 

Bila jumpa Nabi, Yahudi akan ucap السام عليكم

“Mati lah ke atas kau”.

Bunyi hampir sama dengan lafaz salam, tapi makna sangat berbeza. Macam orang cakap salam laju-laju, takkan beza sangat bunyi dia.

Jawapan Nabi pula وعليكم

“Dan ke atas kamu”

Chill kan? Tiada bitter-bitter atau terciduk. Kesimpulannya, jika ada kawan-kawan bukan Islam jawab salam. Kita jawab je salam mereka dengan baik. Mana tahu dia lagi baik dan suka berkawan dengan kita, kan?

Tidak lah dia merasa “nak bagi salam pun tak boleh”. Islam mengajar untuk menjadi terbuka dan inklusif, bukan tertutup dan bersifat eksklusif.

Sumber: Dr Fitri Yusof

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang