Siakap Keli
Gambar: Bernama

KKM Sahkan 39 Kes Baharu Termasuk 1 Kes Import Dilaporkan, Tiada Kematian

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 39 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat Khamis (7 Mei 2020), jam 12 tengahari bertambah kepada 6,467 kes.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan, terdapat 1 kes import dikesan.

Selain daripada itu, KKM melaporkan bahawa sebanyak 19 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dan 8 kes yang lain dilaporkan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tiada kematian dilaporkan untuk hari ini.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa