Siakap Keli
Gambar: KKM, Bernama

“Majikan Pastikan Tandas Untuk Pekerja Anda Sentiasa Dalam Keadaan Bersih” – KKM

Terdapat pertambahan sebanyak 39 kes baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tanggal 7 Mei 2020, hari ini. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang yang terdapat di negara ini bertambah kepada 6,467 kes.

Umum telah mengetahui bahawa, negara kini sedang memasuki fasa perintah kawalan pergerakan bersayarat (PKPB) di mana hampir kesemua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti sedia kala dengan syarat perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan kerajaan.

Justeru daripada itu, orang ramai yang sudah mula keluar untuk bekerja perlulah memastikan bahawa kebersihan, keselamatan sendiri serta amalan penjarakan sosial perlu sentiasa diutamakan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Oleh yang demikian, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan tandas awam atau tandas di tempat kerja yang kotor. Ini kerana jangkitan kuman mudah berlaku di tempat kotor dan tidak bersih.

Dalam sidang media pada hari ini juga, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah turut menasihatkan agar para majikan perlu sentiasa memastikan tandas yang digunakan pekerja perlulah sentiasa dalam keadaan bersih.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa