Siakap Keli

Peluang Saksikan “Super Flower Moon” Malam Ini, Fenomena “Supermoon” Terakhir Tahun 2020

Orang ramai boleh bersiap sedia untuk ‘menyambut’ kemunculan fenomena bulan penuh atau Super Flower Moon terakhir bagi tahun ini.

Fenomena tersebut diramalkan akan berlaku pada Khamis, 7 Mei (hari ini), sekitar jam 7.18 malam (waktu Malaysia) dan ia berlaku apabila bulan berada dekat dengan bumi melalui garis orbitnya, merujuk portal Forbes.

Menurut laporan portal Mothership.sg, bulan akan kelihatan sungguh berbeza ketika fenomena tersebut, di mana saiznya berubah 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding keadaan biasa sebelum ini.

NASA mengatakan ia adalah fenomena bulan penuh terakhir untuk tahun ini selepas ia turut pernah berlaku pada Februari, Mac dan April lalu.

Ia dipanggil Super Flower Moon kerana berlaku tepat pada musim bunga.

Selain itu, ia juga digelar sebagai Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon).

Bagi yang ingin mengetahui waktu sebenar tempatan berdasarkan jadual zon masa antarabangsa, boleh cuba semak di pautan timeanddate.com ini.

Sumber: Space, Forbes, Mothership.sg

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.