Siakap Keli

Penyelidik Dipercayai Hampir Buat Penemuan Signifikan Mengenai COVID-19 Ditemui Mati Ditembak

Seorang penyelidik perubatan yang dipercayai hampir membuat ‘penemuan signifikan’ dalam penyelidikan tentang COVID-19 ditemui mati ditembak di sebuah rumah di Ross, utara Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (US) pada Sabtu lalu.

Memetik sumber dari Allegheny County, mangsa, 37, yang juga penyelidik di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh dilaporkan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dan leher.

“Sejam selepas mayat mangsa ditemui, seorang lagi individu dipercayai mangsa kedua, 46, turut ditemui mati di dalam sebuah kereta yang jaraknya tidak kurang dari satu batu dari lokasi kejadian,” jelas sumber tu lagi menerusi laporan NBC.

Mangsa, ditemui mati ditembak dengan kesan tembakan di kepala dan leher. Gambar: Agensi

Berdasarkan kenyataan polis daripada Jabatan Polis Perbandaran Ross, Sarjan Brian Kohlhepp, berkata, kedua-dua individu berkenaan adalah saling mengenali dan hasil siatan mempercayai, mangsa kedua membunuh mangsa pertama sebelum kembali ke keretanya di mana luka akibat tembakan dikenal pasti.

“Polis percaya kejadian tersebut berlaku pada Sabtu selepas satu perselisihan yang panjang antara hubungan rapat kedua-kedua individu tersebut.

“Kami tidak menjumpai sebarang bukti yang mengatakan pembunuhan ini berkaitan dengan (isu) pekerjaan di University Pittsburgh, atau segala kerja yang dijalankan di sana, atau krisis kesihatan terkini yang memberi kesan kepada US dan seluruh dunia,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, siasatan kes pembunuhan itu diserahkan kepada pihak berkuasa peringkat persekutuan kerana kedua-dua individu tersebut adalah warganegara US.

Mangsa yang merupakan lulusan ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D) dalam sains komputer dari Universiti Kebangsaan Singapura, pernah bertugas sebagai felo pasca kedoktoran di Universiti Carniege Mellon sebelum menjadi penolong penyelidik di Fakulti Perubatan di University of Pittsburgh.

Sementara itu, menurut kenyataan pihak universiti, mangsa adalah seorang mentor dan penyelidik produktif yang berjaya setelah mengarang lebih 30 kajian.

“Tugasnya menfokuskan tentang sistem biologi.

“Mangsa dalam proses hampir menemukan satu penemuan paling signifikan dalam memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-Cov-2 dan asas selular dalam komplikasi berikutnya.

“Kami akan berusaha untuk menyelesaikan kajian yang dimulakannya sebagai usaha memberi penghormatan terhadap kecemerlangan ilmiahnya,” kata kenyataan tersebut.

Sumber: NBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.