Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Nak Daging Kekal ‘Juicy’ Lepas Direbus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selain menikmati kelembutan daging yang empuk, tekstur daging yang ber’juicy’ juga memainkan peranan penting dalam sesuatu masakan yang berasaskan daging tidak kira sama ada daging lembu atau ayam.

Sesetengah orang sukakan tekstur begitu, ada juga sesetengah orang suka daging empuk tapi dalam keadaan kering jika dimasak. Jangan risau, tips hari ini khas untuk para ibu dan penggemar masakan berasaskan daging nampak lebih berair dan lembut.

Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh seorang doktor iaitu Doktor Fatimah Salim di dalam laman Facebooknya menunjukkan proses penyejatan air dalam daging tersebut yang menyebabkan bila dimakan ia terasa berjus.

Caranya:

Rebus daging. Setelah daging masak, keluarkan dan masukkan terus dalam besen/ bekas yang telah diisi dengan air sejuk (tambah ais batu lagi bagus). Pastikan air betul-betul sejuk dan daging tenggelam atau boleh balik-balikkan daging tadi.

Tujuannya:

Apabila daging dikeluarkan daripada air rebusan, ianya akan menjadi kering. Ini kerana suhu yang panas pada daging akan menyebabkan air dalam struktur daging tersejat keluar menjadi wap. Kehilangan air dalam struktur daging akan menyebabkan isi daging menjadi kering.

Maka dengan memasukkan daging terus ke dalam air sejuk boleh memberhentikan proses penyejatan air dalam daging. Ini akan membolehkan isi daging tidak kering dan lebih berjus.

Teknik sama boleh diaplikasikan untuk daging ayam, isi kerang, sayur… Ayam Hainan yang keakan ber’jelly’ di kulitnya adalah disebabkan oleh teknik ini.

Dan teknik ini sesuai untuk masakan jenis yang kurang kuah dan daging dimasak semula. Contoh masak sos tiram, tumis halia, kunyit, paprik, steam…

Tips: sayur seperti kacang panjang yang direbus seketika (untuk dijadikan ulam) dan direndam dalam air sejuk akan menghasilkan warna sayur yang lebih cantik dan hijau. Teksturnya juga lebih berjus.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Dr Fatimah Salim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)