Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Satu Kluster Melibatkan Pengawal Dan Anggota Keselamatan Dikenalpasti Di Sebuah Pusat Beli Belah Di Cheras- KKM

Menerusi sidang media perkembangan Covid-19 hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa satu kluster yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah dikenalpasti.

Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, sehingga 7 Mei 2020, jam 12 tengah hari, sebanyak 10 kes positif Covid-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan. Langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambil seperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat.

Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini.

Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk saringan dan pendidikan kesihatan telah diberikan.

Sumber: KKMPutrajaya

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa