Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

‘Terkurung’ Dengan Cahaya Lampu, Kanak-Kanak Belajar Bawah Meja Jualan Ibu Di Pasar Menyentuh Hati

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terpaksa belajar di ruang yang sempit iaitu di bawah gerai jualan ibu bapanya di sebuah pasar di China selepas sekolah ditutup kerana Covid-19, lapor Daily Mail.

Murid tahun satu itu, Ke Enya,  telah membuat kerja sekolahnya di situ selama lebih satu bulan selepas ibu bapanya meneruskan perniagaan mereka di pasar basah di wilayah Hubei.

Gambar:Daily Mail

Ibunya, Zhao Weiwei, membiarkan anak perempuannya itu menyertai kelas dalam talian di pasar yang bising itu agar dia dapat membantu anaknya membuat kerja sekolah sambil menguruskan perniagaannya.

Foto-foto yang menyentuh hati itu menyaksikan anak kecil itu sedang menyertai pembelajaran secara dalam talian menggunakan laptop dan disinari dengan cahaya lampu di dalam ruangan yang terkurung.

Gambar:Daily Mail

Enya berkata bahawa belajar di ruangan itu sedikit tidak selesa.

“Kadang-kadang saya akan ‘terpukul’ kepala saya apabila memandang ke atas, ia sangat menyakitkan.

“Paling teruk adalah saya tidak boleh bermain, ibu saya tidak benarkan,” katanya.

Gambar: Daily Mail

Tambahnya lagi, matanya juga sering merasa sakit selepas belajar di ruangan sempit itu untuk berjam lamanya.

Memetik laporan Daily Mail, ibunya berkata dia tidak membenarkan Enya pergi jauh dari pandangannya kerana khuatir anaknya hilang di dalam pasar yang penuh dengan orang ramai itu.

Gambar: Daily Mail

Anaknya juga dilarang bermain kerana dia perlu memeriksa kerja sekolahnya dari masa ke semasa.

Ibu bapa Enya menjual pelbagai jenis makanan tradisional China yang dikenali sebagai Luwei.

Gambar: Daily Mail

Guru besar sekolah Enya, Yu Wenyan baru-baru ini juga telah melawat anak muridnya itu untuk melihat perkembangan pembelajarannya.

Gambar: Daily Mail

“Situasi seperti keluarga Enya agak biasa. Tidak sesuai untuk belajar di sini namun ia merupakan ruang yang cukup baik untuk belajar,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa