Siakap Keli

“Ulang Kali Cakap Terima Kasih Dan Menangis,” Ebit Lew Bantu Keluarga Dapatkan Rumah Lebih Selesa

Nasib sebuah keluarga yang tingal di sebuah rumah usang di Tanjung Lumpur, Kuantan telah mendapat perhatian seorang pendakwah terkenal bernama Ustaz Ebit Lew.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat melalui akaun Facebook rasmi Ebit Lew, keluarga tersebut telah berjaya dipindahkan ke sebuah rumah yang lebih selesa berbanding sebelumnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dalam masa 3 jam selesai pindah rumah.

Tuan rumah bagi sewa rm600. Asalnya rm700. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pagar semua cantik. Saya akan bayar sewa dan bil semua insyaAllah selagi mampu dan hidup insyaAllah.

Cantik rumah ini. Sejuk jer tadi. Kipas semua sejuk jer. Saya belikan 4 katil dan 4 tilam. Katil besar dan 3 katil kecil. Belikan juga langsir dan cadar baru semua.

Melihat tangisan mereka cuma terbayang bagaimana nak jawab depan Allah nanti. Sedang saya tidur lena ada orang susah di luar sana. Ya Allah maafkanlah saya.

Bantulah keluarga ini. Adik-adik ini ulang kali cakap terima kaseh dan menangis jer. Sebab terharu gembira. Semoga Allah jagakan mereka dan jadikan anak mereka yang baik dan solehah ini menjadi matahari kebaikan buat seluruh manusia. Terima kaseh semua sahabat, tuan rumah, orang kuantan yang bersama saya. Allah sayang semua.

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa