Siakap Keli

[Video] Syahdu, Imam Buta Imamkan Solat Jemaah Guna Quran Braille Sentuh Hati Netizen

Bulan Ramadan yang mulia ini sangat dituntut untuk kita perbanyakkan amalan ibadah kerana ganjaran pahala yang dijanjikan adalah begitu besar.

Ia termasuklah juga amalan membaca Al-Quran dan salah satu fadhilatnya adalah kiraan pahala yang Allah janjikan mengikut setiap huruf.

Memetik sepotong hadis yang diriwayatkan daripada At-Tarmizi;

Daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu.  Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf.

Di sini kita dapat melihat bahawa ganjaran bagi amalan membaca Al-Quran itu satu perkara yang sangat terperinci, pahalanya dibahagikan bukan mengikut ayat mahupun kalimah, akan tetapi dikira daripada setiap huruf.

Seperti mana yang kita ketahui, ‘hak’ membaca Al-Quran adalah milik setiap umat Islam, tiada yang terkecuali sama ada yang sihat mahupun sebaliknya.

Begitu juga dengan insan-insan yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Kredit gambar: Google

Bagi individu yang cacat penglihatan, meskipun amat mustahil untuk mereka melihat dunia dengan mata kasar, namun terdapat alternatif yang dicipta untuk mereka melihat kitab suci Al-Quran dengan mata hati, iaitu Al-Quran Braille.

Baru-baru ini, imam terkenal dari Bosnia, Fatih Seferagic berkongsi di Twitter satu video yang memaparkan suasana solat berjemaah yang diimamkan oleh imam buta.

Menariknya, imam tersebut membacakan bacaan ayat Al-Quran dengan berpandukan Al-Quran Braille di sebelahnya.

Mari hayati video ini.

Jelaslah di sini bahawa walaupun tidak berupaya untuk melihat, namun ia bukan satu halangan untuk kita menjalankan ibadah seperti membaca kitab suci itu.

Ia sangat menyentuh hati dan menginsafkan.

Jika imam yang buta ini mampu untuk membaca Al-Quran serta memimpin solat berjemaah, bagaimanakah kita yang sempurna ini?

Sumber: Twitter, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.