Siakap Keli

Amalkan Lihat, Hidu & Rasa Susu Di Rumah Yang Dah Lama Ditinggalkan Ketika PKP

Susu merupakan minuman yang berkhasiat serta mempunyai nutrisi untuk tumbesaran kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Umumnya kandungan nutrisi lengkap dalam susu mampu menjadi gantian kepada hidangan lain.

Pasti ramai yang menggemari susu tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk memastikan susu yang dibeli itu tahan lama. Terutama apabila ramai yang telah pulang ke rumah untuk bekerja dan ada yang telah meninggalkan susu di rumah.

Adakah susu itu perlu dibuang? Menjadi persoalan rata-rata penggemar susu.

Menurut satu perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia menyatakan bahawa:

Susu botol/kotak (Pastur)
– Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka boleh tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
– Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk boleh tahan sehingga 3 hari.
– Jika diletakkan diluar perlu dihabiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.

Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
– Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
– Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
– Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.

Susu tepung
– Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
Moga bermanfaat.

Susu frozen
– Tahan 3 bulan.
– Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.

Yougurt
– Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu
– Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.

Susu Dan Tarikh Luput.Disebabkan ramai telah pulang ke rumah untuk bekerja dan ada yang telah meninggalkan susu di…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 7 May 2020

*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.

Sumber: Public Health Malaysia

Nor Azilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.