Siakap Keli

Bimbang Anak Bersesak Ke Sekolah, Bapa Cipta Motorsikal ‘Social Distancing’

Seorang mekanik di India telah mencipta sebuah motosikal elektrik dengan jarak satu meter antara penunggang dan pembonceng untuk mengamalkan penjarakkan sosial akibat penularan wabak Coronavirus.

Partha Saha, 39 tahun membeli sebuah motosikal lama daripada peniaga barang lusuh dan mengasingkan enjin sebelum memotong motosikal tersebut kepada dua bahagian.

“Sekarang saya dapat menunggang dengan anak perempuan saya yang berusia lapan tahun sambil menjaga jarak dengan aman,” katanya kepada media.

Seperti negara-negara lain, pemerintah India telah melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengarahkan penduduk untuk mempraktikkan penjarakkan sosial untuk mengekang penyebaran virus berkenaan.

Ketika negara sedang menjalankan perintah berkurung sehingga 3 Mei, Saha menyedari penyebaran virus tersebut tidak akan  berakhir dalam masa yang singkat.

Dia menghabiskan sedikit simpanannya untuk membuat motorsikal ini untuk membawa anak perempuannya ke sekolah apabila sekatan itu berakhir.

“Saya tidak mahu dia menaiki bas sekolah kerana sesak,” kata Saha, yang bekerja di sebuah kedai pembaikan TV.

Basikal barunya menggunakan kuasa bateri dan mempunyai kelajuan tertinggi 40 kilometer sejam.

Memerlukan masa tiga jam untuk mengecas bateri, ia membolehkan basikal ini bergerak sejauh 80km, kata Saha.

Sumber: Bangkok Post

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.