Siakap Keli
Kredit: Google

Bosan Makan Perisa Sama, Ini Menu Mi Memang Padu Wajib Korang Cuba

Siapa kat sini tak pernah makan mi segera? Rata-rata mesti pernah rasa mi segera selama lebih kurang 20, 30 tahun hidup, kan?

Mi segera inilah makanan ‘penyelamat’ jika sengkek tengah bulan masa zaman belajar serta bila penat dan tak sempat nak masak ketika bekerja. Dan makanan nilah yang jadi stok paling mudah disimpan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni sebab tahan lama dan senang dicari.

Tapi sayangnya, selama hidup ni kita asyik jumpa perisa mi segera yang sama je. Kalau tak tom yam, kari atau sup ayam. Mi Korea? Tak semua orang dapat terima dengan tekak masing-masing.

Jadi, apa kata kita cuba resipi padu mi segera daripada Indomie yang baru, semestinya kaw dan kenalah dengan tekak rakyat Malaysia ni. Orang cakap tu, sekali makan, gerenti jatuh cinta.

Gambar: Indomie Australia

Tempat pertama mi ramen paling power

Bukan calang-calang, mi segera ni mendapat tempat pertama dalam senarai mi ramen instant yang paling power oleh LA Times tau. Nak tahu mi apa? Ianya adalah Indomie Barbeque Chicken.

Kredit: Titiw.com

Apa yang istimewa dengan perisa Barbeque Chicken ini sampai diiktiraf akhbar Amerika? Sebabnya, mi ni betul-betul rasa ayam barbeku.

Kata wartawan yang menilai, sepatutnya mi ini tak termasuk dalam kategori ramen pun, tapi disebabkan rasanya yang betul-betul sedap, dia masukkan juga Indomie Barbeque Chicken dalam ranking tu, bahkan, letak di tempat pertama. Bukan kaleng-kaleng.

“Adakah mi tersebut rasa seperti yang sepatutnya? Adakah udang rasa seperti udang? Adakah ayam rasa seperti ayam?”

Kata wartawan tu, dia pastikan mi yang tersenarai tu betul-betul rasa seperti yang sepatutnya, dan sama macam yang diiklankan. Bukan indah khabar dari rupa.

“Lima perasa dan rempah dalam mi tersebut sangat menarik dan unik. Campuran minyak bawang, kicap manis dan sedikit cili dicampur dengan serbuk perasa dan bawang goreng, sangat ‘heaven’.

Rasa ayam BBQ imbangkan rasa manis mi manakala sos cili beri rasa pedas. Ditambah pula dengan tekstur rangup bawang goreng.. Rasa nak makan setiap hari.”

Kalau dah mat saleh pun puji, memang terjamin sedap mi ni. Rugi kalau tak cuba sebab kita lebih mudah dapatkan mi ni di Malaysia.

Olah resipi baru, ringkas tapi sedap

Dengan perisa Barbeque Chicken ni, korang tak perlu lagi menghadap resipi yang sama setiap hari. Sekurangnya masa terperap di rumah, korang boleh olah dan cuba resipi baru dengan ahli keluarga.

Macam mana?

Senang je, korang cuma perlu gaulkan potongan ayam dengan sedikit kicap manis, sos lada hitam, sedikit sos cili, bawang putih cincang, gula dan sedikit garam.

Masak gunakan sedikit minyak dan sedia untuk digaulkan dengan Indomie Barbeque Chicken yang telah dilembutkan dan dicampur perencah. Korang juga boleh tambahkan sayur seperti daun bawang, lobak merah atau daun sup untuk hidangan lebih berkhasiat.

Mudah, kan?

Gambaran tekstur ayam yang ‘caramelized’ dan likat. (Kredit: Recipetineats.com)

Walaupun sibuk bekerja dari rumah, korang tetap boleh sediakan masakan yang sedap, mudah, ringkas dan yang paling penting tak membosankan untuk keluarga tersayang.

Mana nak beli? Korang boleh dapatkan Indomie Barbeque Chicken baru ini di mana-mana gedung atas talian. Selain tu, korang juga boleh cari di kedai-kedai dan Hypermarket berdekatan.

Tawaran perisa kali ni terhad atau selagi stok masih ada sahaja tau. Jadi korang kena cepat-cepat dapatkan sebelum terlepas. Tapi, pastikan jaga jarak dan patuh semua peraturan PKP ya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow Facebook dan Instagram rasmi Indomie Malaysia.

Siapa kata tak boleh makan sedap kalau berjimat?

Akhir kata, jangan lupa jaga diri sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni. Moga keadaan negara kita dan seluruh dunia cepat pulih seperti sediakala.

Amira

Love yourself.