Siakap Keli
Gambar: Unicef

Doktor Kongsi 10 Perkara Penting Ibu Bapa Perlu Tahu Kalau Nak Bawa Anak Keluar Rumah Semasa Musim Covid-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Umum telah mengetahui bahawa dunia sedang dilanda dengan wabak pandemik virus Covid-19. Disebabkan itu, kerajaan telah mengeluarkan SOP yang perlu dipatuhi orang ramai semasa hendak keluar membeli barangan keperluan mahupun ke tempat kerja.

Kadang-kala ibu bapa tiada pilihan lain selain terpaksa membawa anak kecil mereka mengikuti mereka ke tempat orang ramai kerana tiada orang yang dapat menjaga buat sementara waktu.

Disebabkan itu, pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya akan apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan anak kecil kita terjaga sewaktu berada di kawasan umum. Untuk mengetahui perkara penting yang perlu diambil, ikuti tips yang dikongsikan oleh doktor Ahmad Luqman Bukhari ini seperti berikut:

10 Perkara Penting Nak Selamatkan Nyawa Anak Masa Berada Kat Luar Rumah Waktu Musim Coronavirus Ni Yang Mak Ayah Wajib Tahu

1. Bukan kita orang dewasa je, kanak-kanak pun sebenarnya perlu dipakaikan face mask jika terpaksa keluar ke tempat awam. Inilah antara langkah protection yang kita mesti buat sebab kita tak tahu siapa yang kita akan jumpa kat luar sana.

2. Dilaporkan 25% daripada penghidap penyakit Covid19 langsung tak ada sikit pun tanda-tanda sakit seperti batuk, demam, selsema dan mereka pun sebenarnya tak tahu yang mereka menghidap penyakit tu. Benda ni serius bahaya sebab mereka tetap berpotensi untuk sebarkan virus kepada anak kita.

3. Kalau follow guideline daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kanak-kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas perlu menggunakan face mask setiap kali berada dalam komuniti.

4. Ingat ya, facemask tu untuk anak yang umurnya lebih 2 tahun. Mak ayah tolonglah jangan sengaja pakaikan facemask ni pada bayi dan budak bawah usia 2 tahun. Kita tak nak ambil risiko yang boleh bahayakan nyawa anak.

5. Kita semua kena tahu yang saluran pernafasan bayi sangat kecil berbanding kanak-kanak dan orang dewasa. Jika dipakaikan topeng muka, risiko baby mengalami sesak nafas sangat tinggi.

Bayi kita tu masih tak pandai lagi nak tanggalkan topeng muka sendiri, apatah lagi nak minta tolong sekiranya mengalami breathing problem.

6. Kebiasaanya kanak-kanak kecil cepat benar rasa rimas masa pakai topeng muka tu lalu menyentuh-nyentuh face mask tu dengan tangan mereka dan usaha nak cabut benda tu.

Nanti makin keraplah mereka menyapu-nyapu bahagian mata, mulut dan hidung. Tak pasal-pasal peluang untuk virus merayap masuk ke dalam badan jadi lebih tinggi.

7. Sebab tu kalau boleh tak usah ambil risiko bawa bayi keluar ke tempat awam kalau tak ada perkara penting. Stay je kat rumah.

Tapi jika perlu jugak bawa bayi keluar ke tempat awam, make sure perjalanan tu dibuat secepat mungkin. Dalam masa sama patuhi social distancing at least 1 meter daripada orang lain.

8. Pakar daripada Nationwide Childrens Hospital menyarankan agar parent cover baby carrier dengan menggunakan selimut nipis semasa berada kat tempat awam. BUKAN tutup muka bayi dengan selimut atau kain ye.

Namun jika terpaksa berjauhan dari bayi untuk sementara waktu, pastikan alih dulu selimut tu untuk elak perkara yang tak diingini berlaku.

9. Kurangkan menyentuh bayi semasa berada diluar. Parent dan penjaga bayi perlu kerap basuh tangan dengan air dan sabun. Atau gunakan sanitizer yang mengandungi jumlah alkohol 60% ke atas setiap kali selesai urusan sebelum nak pegang bayi. Pesan pada anak yang lain jugak supaya elak dari menyentuh bayi.

10. Sebaik saja tiba di rumah, cepat-cepat masuk ke bilik air, mandi dan bersihkan diri kita dan anak-anak. Salin baju dan seluar yang baru sebelum melakukan aktiviti lain supaya kita dapat singkirkan virus bahaya kalau-kalau terbawa balik ke rumah.

Tolong saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain juga ye. Benda ni penting sangat-sangat sebab boleh menyelamatkan nyawa anak anak kita dan anak mereka juga.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa