Siakap Keli

Dua Warga Asing Maut, Motosikal Bertembung Dengan Lori Ikan

KUALA TERENGGANU, 8 Mei – Dua lelaki warga asing maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di Kampung Pengkalan Setar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Mat Din berkata dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, motosikal yang ditunggangi mangsa yang berusia 19 dan 24 tahun dikatakan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Kampung Gelugor menuju ke Kampung Atas Tol.

“Kedua-dua lelaki tersebut yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan dipercayai warga Myanmar telah mengalami kecederaan parah dan maut di lokasi kejadian manakala pemandu dan kelindan lori berusia 27 dan 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.