Siakap Keli

Gara-Gara Lepak Rumah Kawan Selama Sejam, Lelaki Di Singapura Didakwa Langgar Langkah Pemutus Rantaian COVID-19

Lelaki warga Singapura telah didakwa melanggar langkah pemutus rantaian selepas berkumpul di kediaman rakannya 8 April lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu, Soh Seng Chye Francis telah terlibat dalam satu perhimpunan berkumpulan di residensi Lye Bao Ru.

Perhimpunan itu dikatakan telah melibatkan lima individu lain dari kawasan perumahan Lye yang berlangsung selama satu jam.

Menurut laporan media, seseorang itu akan didakwa dibawah Seksyen 34 (7) Akta Covid-19 (Tindakan Sementara) 2020 dan boleh didenda sehingga S$10,000 (RM30,000), atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, Francis Soh telah memuat naik gambar ‘perhimpuanan haram’ dengan lima lagi individu lain.

“Kami  sedang mengadakan perhimpunan haram .. So what? Nikmati makanan secara maksima.”

Kementerian Kesihatan negara itu mengatakan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan Covid-19.

Sumber: Mothership.Sg

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.