Garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau telah diteliti di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, garis panduan tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
“Soal bilakah masa yang sesuai untuk pelaksanaannya, kita berpandukan kepada nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku pihak yang berkepakaran.
“Akan tiba masanya satu hari nanti, semua rumah ibadah akan dibuka dan kita kembali mengimarahkannya dengan penuh kegembiraan dan keinsafan,” jelasnya menerusi satu kenyatan di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, memetik kenyataan Zulkifli pada 4 Mei lalu, pelaksanaan garis panduan tersebut tertakluk kepada arahan kerajaan dari semasa ke semasa serta kebenaran daripada KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan atas kesudian untuk meneliti garis…
Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Thursday, 7 May 2020
Sumber: Facebook