Tular di media sosial sejak semalam, rakaman video kejam penganiayaan anak kucing, ternyata mencetuskan rasa amarah ramai.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, tiga wanita dilihat bergilir-gilir memijak anak kucing tersebut sehingga mati.
Sementara itu, menerusi tinjauan, warga net dilihat membanjiri sebuah portal berita luar negara di Facebook iaitu Teleceiba Internacional yang didakwa memaparkan pelaku sebenar kejadian kejam tersebut.
Namun, difahamkan ianya merupakan kejadian lama yang berlaku pada tahun 2015 oleh beberapa individu dari Honduras, Amerika Tengah.
Menerusi laporan oleh Teleceiba Internacional, banyak kejadian menyiksa haiwan dengan menggunakan kaki atau tumit kasut yang berlaku di rangkaian sosial.
Kejadian seperti itu dikatakan bagaikan menjadi satu trend kerana banyak video dimuatnaik menyiksa haiwan menggunakan kaki dan tumit kasut.
Gambar kucing yang sama tular di Malaysia baru-baru ini turut ada di laman Facebook portal berita luar negara tersebut.
Terkejut orang Malaysia membawang kat sini
Kes 2015, 2020 baru rakyat Malaysia tahu
Walau tahun 2015, kes dibuka semula
Sumber: Teleceiba Internacional