Siakap Keli

Perginya Di Bulan Mulia, Alim Ulama Terkenal Tanah Air Doakan Kesejahteraan Untuk Almarhum Ustaz Ismail Kamus

Pemergian pendakwah tersohor, Allahyarham Ustaz Dato’ Ismail Kamus pada awal pagi ini mengejutkan kita semua.

Situasi arwah pergi menghadap Ilahi adalah pada waktu yang sangat mulia; dalam bulan Ramadan, pada malam ke 15 dan juga pada malam Jumaat.

Tidak dinafikan, arwah meninggalkan 1001 mutiara ilmu buat kita semua dan kehilangannya ditangisi oleh segenap umat, baik dari para agamawan hinggalah ke anak murid.

Pensyarah Kolej Universiti Islam Selangor, Ustaz Don Daniyal turut berkongsi rasa hibanya di halaman Facebook pagi ini.

إنٌَا للهِ وَإنّآ إلَيْهِ رَاجِعُون
Antara pelajaran tentang hidup yang saya dapat belajar dari al-Marhum TG Dato Ustaz Ismail Kamus, ialah
“Hidup mesti banyak tolong orang. Hidup mesti banyak mudahkan urusan orang. Hidup mesti berkorban untuk orang.”

Pendek kata #takrugijadibaik
#hangbuatbolehkathang
#pkp #pulunkumpuipahala

Biaqlah apa pepatah atau kata2 hikmah yang lain yang mai lintaih, tetap kita tak tau hujung hayat mereka yang kata pepatah tu macam mana

Tapiii
Yang ini, sudah pasti penghujungnya kerana penghujung hayat Al-Marhum TG Dato Ismail Kamus
1) Khamis Malam Jumaat
2) Masuk ke liang Hari Jumaat
3) Bulan Ramadhan
4) Menghembus nafas di waktu Qiyamul Lail. Menghidupkan malam

Adakah kita boleh kumpui kebaikkan ataih kebaikkan seperti ini?? وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب
Ya Allah, matikan kami dalam mati yang baik dan janganlah Ya Allah matikan kami dalam mati yang tidak baik.
Ya Allah, jadikan kami seperti mereka. Ya Allah, himpun kan kami dengan mereka.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
This is for keep sakes

Antara gambar kenangan Ustaz Don bersama Allahyarham Ustaz Dato’ Ismail Kamus. Gambar: Facebook
Antara gambar kenangan Ustaz Don bersama Allahyarham Ustaz Dato’ Ismail Kamus. Gambar: Facebook

Sementara itu, penceramah bebas yang terkenal dengan rancangan siaran televisyen Kalau Dah Jodoh, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias juga turut menzahirkan rasa hiba atas pemergian arwah.

اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ،

Moga Allah ampuninya, rahmatinya, maafkannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga Ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..
Perginya permata dakwah.. Allahu akbar.Seorang demi seorang ulama meninggalkan kita.
Gambar: Facebook
Dalam pada itu, ilmuan profesional yang sangat sinonim dengan hal ehwal muamalat, Dr. Zaharuddin Abd Rahman juga turut melafazkan ucapan takziah dan doa buat Allahyarham Dato’ Ustaz Ismail Kamus.

Condolences to the family of al-Marhum Dato ‘ Ustaz Ismail dictionary passed away on Friday night, night 15 Ramadhan 1441 Hijrah. May Allah put ustaz with the righteous.

We belong to God and to him we shall return

May Allah forgive him and have mercy on him and forgive him and generous his home and expand his its and wash him with water and ice and cold and hang him from sins as the white dress of purified and replace a good home from his home and welcome good from his family and the fitna of the grave and torment Fire.

Gambar: Facebook

Semoga roh Allahyarham Dato’ Ustaz Ismail Kamus ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Sumber: FB Ustaz Don Daniyal, Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.