Siakap Keli

Rentas Negeri Hanya Tujuan Bekerja Sahaja, Bukan Balik Buka Puasa Di Kampung – Ismail Sabri

Perjalanan rentas negeri hanya melibatkan satu hala dan bukannya untuk pulang ke kampung untuk berbuka dan sebagainya, setelah itu kembali semula ke bandar, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, perjalanan rentas negeri hanya untuk tujuan bekerja sahaja dan setiap individu perlu mendapat surat dari syarikat atau jabatan masing-masing.

Mereka kemudiannya perlu mengemukakan kepada pihak berkuasa di dalam sekatan jalan raya jika diminta berbuat demikian, kata Ismail Sabri.

Perjalanan rentas negeri telah bermula semalam (7 Mei 2020) dan berakhir pada Ahad (8 mei 2020) ini.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)