Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 68 Kes Baharu Covid-19 Dan Tiada Kematian Dicatatkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 68 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah kes positif yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4 kes import telah dikenal pasti.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa 57 kes daripada jumlah kes positif yang dilaporkan pada hari ini adalah dalam kalangan bukan warganegara.

Pertambahan kes yang dilaporkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 6,535 kes.

Pun begitu, kes covid-19 yang masih aktif di Malaysia hanya tinggal sebanyak 1,564 kes.

Daripada jumlah kes aktif yang terdapat di Malaysia, sebanyak 18 kes sedang dirawat di ICU dan 7 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan bahawa tiada kes kematian yang dicatatkan hari ini.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa