KKM Sahkan Satu Kluster Baru COVID-19 Libatkan Pekerja Asing Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

Satu kluster baharu jangkitan COVID-19 melibatkan pekerja warga asing dikesan di sebuah tapak pembinaan di Setia Alam, Selangor.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kluster baharu tersebut dikesan pada 6 Mei lalu apabila pihaknya menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

“Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas.

“Hasil saringan mendapati terdapat tiga (3) kes disahkan positif COVID-19 daripada lima (5) pekerja yang telah disaring.

“Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan dan saringan bagi mengesan kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan.

Sementara itu, KKM menambah, seramai 28 orang telah menjalani ujian saringan.

“Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh.

“Sembilan (9) kes pula didapati negatif dan tujuh (7) kes masih menunggu keputusan.

“Punca jangkitan kluster tersebut juga masih dalam siasatan,” jelas kenyataan itu lagi.

KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAMSatu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 9 May 2020

Sumber: KKM

Denin

Menulis untuk mendidik.

Dari Wiser.my