Siakap Keli

Maszlee Malik Tolak Jawatan Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik menolak pelantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat MARA Corp.

Menurutnya, keputusan itu diambil apabila melihat tumpuan negara kini yang sedang sibuk melawan pandemik COVID-19 di samping perlu mengutamakan mandat rakyat.

“Perhitungan saya jelas, keputusan yang bakal saya lakukan mesti selari dengan mandat yang diberikan kepada saya dari penyokong dan rakyat Simpang Renggam khususnya, juga rakyat Malaysia umumnya.

“Buat masa ini, saya lebih terkesan dengan kesempitan hidup rakyat dan tekanan ekonomi yang dihadapi gara-gara bencana Covid-19. Di Simpang Renggam sendiri, terlalu banyak keluarga yang tersadai derita dan perlu dibantu.

“Justeru itu, saya tidak boleh menerima lantikan ini buat masa ini. Kita masih belum menang melawan COVID-19.

“Negara kita harus memang dahulu, bebas dari bencana dan kehidupan rakyat kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, tambah Maszlee, beliau percaya akan kemampuan agensi tersebut dalam memberi tumpuan penuh membantu golongan yang memerlukan.

Terdahulu, Maszlee dilantik untuk menyandang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa penasihat agensi berkenaan pada Jumaat, semalam.

Saya mengambil maklum berita yang telah tersiar mengaitkan nama saya dengan lantikan di sebuah agensi kerajaan. Saya…

Posted by Dr Maszlee Malik on Friday, 8 May 2020

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.