Siakap Keli

Orang Awam Pernah Ke Pasar Borong Kuala Lumpur Diminta Jalani Saringan COVID-19 Dengan Segera- Jabatan Penerangan WPKL

Orang awam yang pernah berurusan di Pasar Borong Kuala Lumpur sebelum ini diminta tampil untuk jalani ujian saringan COVID-19 dalam kadar segera.

Peringatan tersebut diumumkan Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerusi Twitter, hari ini.

Berdasarkan rekod, 180 kes positif COVID-19 dicatatkan di sana dan 80 kes daripadanya dikesan melibatkan peniaga luar.

Antara faktor risiko jangkitan berlaku di situ menurut Public Health Malaysia adalah suasana sesak dan padat, pergerakan orang semasa PKP, tahap kebersihan dan warga asing.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.