Siakap Keli

Orang Ramai Boleh Lakukan Semakan Status BPN Bagi Permohonan Baru, Rayuan Mulai Hari Ini

Orang ramai boleh menyemak status permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula hari ini.

Semakan boleh dibuat di laman rasmi BPN, iaitu di https://bpn.hasil.gov.my/

Sementara itu, penerima yang layak akan menerima bantuan bermula pada 15 Mei ini.

Bagi penerima yang mendapati paparan ‘Tiada Akaun’ atau ‘Gagal Kredit’, anda perlu pergi sendiri ke Bank Simpanan Nasional untuk menerima wang secara tunai.

Anda diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan nombor siri yang dipaparkan di portal BPN selewat-lewatnya pada 31 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut, rujuk soalan lazim permohonan baru dan rayuan BPN di bawah.

Sumber: LHDN

Amira

Love yourself.