Siakap Keli

Persoal Kualiti “Gloves” Buatan Malaysia, Warga UK Ini Dapat ‘Tarbiah’ Percuma Dari Netizen Malaysia

Pepatah Melayu pernah mengatakan, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang warga Twitter dari United Kingdom (UK), Greg gara-gara tindakannya mengeluarkan kenyataan celupar terhadap Malaysia.

Sebelum itu, Ketua Setiausaha Negara UK, Dominic Raab memberi penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas kerjasama memudahkan penghantaran 200 tan sarung tangan untuk kegunaan frontliners COVID-19 di sana.

Tangkap layar (screenshot) ini dikongsikan oleh Fifa Rahman menerusi halaman Facebooknya semalam.

Anda tahu apa yang perlu diperkatakan.

Ini beberapa point yang ada:

  • Ranking tahap efisyen penjagaan kesihatan Malaysia lebih tinggi dari UK.
  • UK adalah negara kedua paling tinggi angka korban COVID-19.
  • Malaysia memulakan persediaan untuk menghadapi COVID-19 sejak Disember 2019. UK masih terpinga-pinga ketika itu.
  • Angka korban COVID-19 di Malaysia hanya 106 orang (107 orang semalam), UK pula 30,615 orang.
  • Kebanyakan kondom dihasilkan di Malaysia. Malah, pengeluar kondom terbesar dunia ada di Malaysia. Jika kamu mempercayai kondom buatan Malaysia, kamu juga boleh percaya sarung tangan dari Malaysia.
  • Pengeluar sarung tangan terbesar dunia adalah Top Glove Malaysia.

Dalam masa sama, Fifa Rahman turut menulis di Twitternya berkenaan isu tersebut.

Sejurus kiriman itu dimuat naik dan tular, netizen Malaysia; yang terkenal dengan jolokan Malaysia Onions Army (Tentera Bawang Malaysia) terus memulakan sesi ‘serangan’ balas di Twitter pemuda UK terbabit.

Berikut adalah beberapa ‘koleksi’ serangan balas netizen Malaysia secara bertalu-talu tanpa henti.

Apabila melihat ‘musibah’ yang menimpa Greg ini, haruslah kita ketahui dan mengakui bahawa janganlah sesekali bermain api dengan netizen Malaysia.

Jadikanlah ia sebagai pengajaran, bersikap celupar di media sosial adalah satu perlakuan yang tidak patut dilakukan.

Terima kasih buat tuan Dominic Raab atas ucapan penghargaan tersebut.

Sumber: Facebook Fifa Rahman, Twitter Greg

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.