Siakap Keli

COVID-19: 96 Kes Pulih & Discaj Hari Ini, Tiada Kematian Dilaporkan – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat sebanyak 67 kes positif baharu COVID-19 setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes berjumlah 6,656 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 49 kes daripadanya melibatkan warga asing.

Angka tersebut menjadikan jumlah kes aktif setakat ini adalah sebanyak 1,535 kes.

Sementara itu, sebanyak 96 kes pulih baharu dan dibenarkan discaj direkodkan, menjadikan jumlah pulih terkini sebanyak 5,025 kes bersamaan 75.5 peratus.

Dalam pada itu, tiada kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 kekal 108 kes, bersamaan 1.62 peratus daripada keseluruhan kes.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'