Siakap Keli

Hanya Muat Naik Video Kerja Angkat Sawit, Lelaki Ini Jadi Youtuber Sawit Pertama Dapat “Silver Play Button”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Aktiviti menyampaikan kandungan (content) yang menarik melalui Youtube sudah menjadi trend oleh warga maya masa kini.

Mungkin ada yang bermotifkan perkongsian peribadi untuk manfaat umum, ada yang memang hobinya merakam dan menyunting video malah ada yang menggunakan medium tersebut sebagai sumber pendapatan melalui iklan.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia berbangsa India, Pavithra menggunakan medium Youtube untuk berkongsi pelbagai resipi masakan, dalam masa sama mampu ‘mengumpul’ ratusan ribu views hingga mencuri perhatian media-media tempatan.

Tidak kurang juga, seorang individu warganegara Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit di Malaysia, Dimas Pratama turut melakukan hal yang sama.

Kredit gambar: Zul Hairi Ahmad

Dimas mampu mengumpul ratusan ribu subscribers dan views hasil daripada koleksi video berkaitan kehidupannya sebagai pekerja ladang kelapa sawit yang dimuat naik ke Youtube.

Menurut seorang warga Facebook, Zul Hairi Ahmad membuat ulasan mengenai kebaikan dan cara aktiviti memuat naik rakaman video sendiri ke Youtube.

Berikut adalah beberapa contoh tangkap layar (screenshot) yang diambil daripada video Dimas Pratama.

Hampir segalanya adalah berkaitan dengan kelapa sawit sahaja.

Kredit gambar: Zul Hairi Ahmad
Kredit gambar: Zul Hairi Ahmad
Kredit gambar: Zul Hairi Ahmad

Dimas adalah satu-satunya Youtuber dari golongan pekerja ladang sawit yang berjaya menerima Silver Play Button dari Yotube.

Apa itu Silver Play Button?

Istilah lainnya adalah Youtube Creator Awards, ia adalah satu hadiah atau penghargaan yang diberikan daripada pihak Youtube kepada Youtuber yang berjaya memiliki channel yang popular.

Jadi, jika anda mahu mencuri peluang untuk meluaskan apa yang anda ada melalui content bervisual, sebaiknya ikutilah cara Pavithra dan Dimas ini.

Tidak perlu kelengkapan teknikal yang canggih, hanya berbekalkan smartphone sahaja sudah boleh merakam dan menyunting dengan baik mengikut kreativiti sendiri menggunakan aplikasi yang tersedia.

Mereka berdua sudah berjaya, anda tidak rasa tercabar?

Rakam video buat kerja angkat buah sawit dan kait kelapa sawit sahaja view beribu-ribu hingga sampai ratus ribu!…

Posted by Zul Hairi Ahmad on Friday, 8 May 2020

Sumber: Zul Hairi Ahmad

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.