Siakap Keli
tips hutang
Kredit: Google/Money Crashers

“Hutang Boleh Jadi Lubuk Pahala, Boleh Jadi Lubuk Dosa”, Lelaki Kongsi Tips Beri Hutang Kepada Rakan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kawan yang baik adalah mereka yang ada dengan kita ketika susah dan senang. Biarpun jarang bertemu, namun mereka akan tetap cuba membantu sedaya mereka jika mengetahui kita ditimpa kesusahan.

Namun, ada kalanya jasa baik tak dikenang individu yang tidak tahu bersyukur. Diberi hutang, dia kabur. Orang yang meminjam tiba-tiba sahaja menghilang dan tidak dapat dihubungi.

Sebaik mana pun hati, pasti terguris jika diperlakukan begitu. Apatah lagi jika wang diberi agak besar hingga akhirnya membebankan diri sendiri. Beri susu, dibalas tuba.

Jika anda dalam situasi ini, atau tidak mahu jadi begini, mari baca tips memberi hutang oleh saudara Azizul Azli Ahmad.

Beri hutang boleh dapat makian

1. Jangan beri hutang pada kawan yang gaya hidup lebih mewah dari kita. Kita pakai Perodua dia pakai ‘Hondai’.

2. Jika nak bagi juga, bagi jumlah wang yang kita boleh halalkan saja waktu dia maki kita tak ada wang!

“Aku mampu beri RM200 jer, kalau sampai RM2000 tu nanti kita boleh putus kawan”.

3. Jika nak cuba putus kawan boleh cuba bagi hutang, makin banyak kita bagi makin tinggi peluang. Kecuali kawan kita yang baik budiman.

4. Jika dia memang susah gaji kecil, berjimat cermat, bawa bekal, tak bergaya langsung dan ada masalah rumah tangga bantu sahaja. Jangan ungkit pula kesusahannya.

5. Peluang hilang kawan tinggi bila mula berhutang. Terlalu baik kita akan jadi bahan pijak orang juga akhirnya.

Beri hutang boleh jadi lubuk pahala, boleh jadi juga lubuk dosa buat kita.

Adalah lebih baik kita berjaga-jaga pada masa sekarang daripada terpaksa berjaga di tengah malam pada masa hadapan kerana duit tak dapat, kawan pula jadi lawan. Ianya pasti akan menjadi beban jika kita sendiri tidak mempunyai wang ketika diri memerlukan.

Moga tips memberi hutang ini bermanfaat sebagai peringatan buat kita semua untuk mengelakkan niat baik hari ini menjadi titik permusuhan suatu hari nanti.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.