Siakap Keli

Minggu-Minggu Akan Datang Tempoh Kritikal Bagi Kita, Jika Kes Meninggkat PKPD Mungkin Dilaksana Di Kawasan Terjejas- PM

Beberapa minggu ke hadapan bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini adalah tempoh waktu yang kritikal.

Halaman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) memetik ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Jika berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh ini, kerajaan akan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan-kawasan yang terjejas.

“Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku.

“Oleh sebab itu, saya nak merayu kepada saudara-saudari semua supaya patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” petikan ucapan tersebut, hari ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'