Siakap Keli
itaewon korea COVID-19
Gambar: Korea Herald/Yonhap News Agency

Pemuda Dilapor Jadi ‘Punca’ Itaewon Ditutup Selepas Kluster Baru COVID-19 Muncul

Seoul, 10 Mei- Jalan yang sibuk dengan kejiranan pelbagai bangsa di Itaewon kelihatan sepi pada malam Sabtu setelah kerajaan mengarahkan semua kelab dan bar ditutup. Ianya susulan kemunculan kluster baru COVID-19 yang berpunca dari seorang pemuda 29 tahun yang melawati lima pusat hiburan pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Yonhap News Agency, puluhan jangkitan baru dilaporkan berkait dengan individu tersebut yang disahkan positif COVID-19.

Biarpun arahan penutupan itu tidak terpakai ke atas restoran, perniagaan mereka turut terjejas.

“Daerah ini kelihatan seperti bandar berhantu,” kata seorang pemilik restoran di Itaewon.

“Biasanya, ini akan menjadi waktu paling sibuk dalam sehari. Tapi kini tak ada seorang pelanggan pun,” katanya lagi.

“Kami bekerja lebih keras sejak koronavirus bermula,” kata seorang peniaga lain yang telah bertapak di sana selama 11 tahun.

Sementara itu, kelab-kelab di daerah Gangnam turut ditutup buat sementara waktu. Arahan penutupan ini merupakan kali kedua melibatkan perniagaan tersebut setelah kali pertama ditutup pada bulan lalu akibat jangkitan dalam kalangan pekerja dan pelanggan bar di daerah tersebut.

Terbaru, sebanyak 34 kes positif COVID-19 dilaporkan pada Ahad, peningkatan tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak 9 April lalu.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 ialah 10,874 kes.

Sumber: Yonhap News Agency

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.